KENYATAAN AWAM
NOTIS PEMATUHAN PERMOHONAN PERMIT IMPORT HAIWAN, IKAN DAN PRODUK HAIWAN DAN IKAN
Wajib Mengikut Pintu Masuk / Pelabuhan Ketibaan Konsainan (Point of Entry/Landing)
Semua permohonan permit import/kemasukan bagi haiwan, ikan dan produk haiwan dan ikan MESTI dikemukakan terus kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian di mana konsainan anda dijadualkan mendarat/tiba berkuat kuasa 1 Oktober 2026.
PERBANDINGAN: APA PERUBAHANNYA?
| Amalan Dahulu (Sebelum 1 Okt 2026) | Ketetapan Baharu (Mulai 1 Okt 2026) |
| Permohonan dibuat di mana-mana Pejabat Bahagian tanpa mengira pintu pendaratan. (Contoh: Permohonan dihantar kepda Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Kuching, tetapi barang tiba di Pelabuhan Miri) | Permohonan WAJIB dihantar ke Pejabat Bahagian PINTU MASUK SEBENAR. (Contoh: Jika kargo mendarat di Pelabuhan/Lapangan Terbang Miri, permohonan mesti dihantar kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Miri) |
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Dilampirkan Kenyataan Awam - Notis Pematuhan Pemohonan Permit Import.pdf daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk makluman.