« Back

MITI: TEMPOH SAH LAKU AP TERBUKA KERETA DAN MOTOSIKAL TAHUN 2025

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh sah laku peruntukan AP Terbuka kereta dan motosikal untuk tahun 2025 akan berakhir pada 31 Disember 2025.

Selaras dengan keputusan tersebut:

  1. Permohonan AP Terbuka bagi kereta dan motosikal melalui sistem ePermit akan ditutup pada 18 Disember 2025;
  2. Syarikat hendaklah menjelaskan bayaran fi AP Terbuka (kereta) secara penuh selewat-lewatnya pada 25 Disember 2025. Kegagalan menjelaskan fi tertunggak akan menjejaskan agihan peruntukan AP tahun 2026, termasuk tindakan ke atas syarikat dari segi pengenaan denda/ penalti mengikut Peraturan-Peraturan Kastam (Fi Lesen Import Kenderaan Bermotor) (Pindaan) 2016;
  3. Semua urusan pengimportan termasuk urusan pengikraran borang Kastam perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025; dan
  4. Permohonan pelanjutan atau pembatalan ke atas AP Terbuka tahun 2025 yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan selepas 31 Disember 2025.

 
Sekian, terima kasih.

Comments
Trackback URL:

No comments yet. Be the first.