PEMAKLUMAN PENGECUALIAN CAJ PEMERIKSAAN EKSPORT BAGI IKAN YANG DIPERIKSA DI SEMUA PINTU KELUAR BERDASARKAN PERATURAN- PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (FI AND CAJ) 2013 [P.U.(A) 115/2013], AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011 [AKTA 728]
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Seperti pihak tuan sedia maklum, Jabatan telah mengenakan caj pemeriksaan eksport bagi ikan yang diwartakan di bawah Peraturan-peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Fi dan Caj) 2013 [P.U.(A). 115/2013]. Walau bagaimanapun, sebagai langkah ke arah fasilitasi perdagangan khususnya dalam aktiviti pengeksportan, Jabatan telah bersetuju untuk mengecualikan caj pemeriksaan eksport bagi ikan yang diperiksa di semua pintu keluar berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2024.
Sekian, terima kasih.
Dilampirkan memo pemakluman daripada pihak MAQIS seperti di bawah:
MEMO PEMBERITAHUAN BERKENAAN PENGECUALIAN CAJ PEMERIKSAAN EKSPORT BAGI IKAN YANG DIPERIKSA DI SEMUA PINTU KELUAR