« Back

PEMAKLUMAN MENGENAI TEMPOH SAH LAKU AP FRANCAIS TAHUN 2023

Merujuk kepada perkara di atas, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ingin memaklumkan bahawa tempoh sah laku peruntukan AP Francais kereta dan motosikal untuk tahun 2023 akan berakhir pada 31 Disember 2023 (Ahad). Justeru itu, syarikat adalah diingatkan bahawa:
 
(i) Permohonan AP melalui Sistem e-Permit akan ditutup pada 25 Disember 2023 (Isnin);
 
(ii)Semua urusan pengimportan termasuk urusan pengikraran borang Kastam perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2023 (Ahad); dan
 
(iii) Sebarang permohonan pelanjutan atau pembatalan ke atas AP Francais tahun 2023 yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan selepas 31 Disember 2023.

 

Comments
Trackback URL:

No comments yet. Be the first.