« Back

NOTIS KEPERLUAN KAD PENGENALAN HAIWAN PET PASSPORT UNTUK PENGEKSPORTAN ANJING KUCING

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN,

NOTIS KEPERLUAN KAD PENGENALAN HAIWAN PET PASSPORT UNTUK PENGEKSPORTAN ANJING KUCING

Notis ini adalah untuk memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) akan mengenakan syarat pengeksportan anjing dan kucing dengan menggunakan Kad Pengenalan Haiwan (Pet Passport) dan mikrocip sebagai tanda pengenalan haiwan. Ini bertujuan bagi identifikasi anjing kucing dan sebagai pengesahan status permastautinan anjing kucing tersebut di Malaysia.

Perkara ini adalah selaras dengan keperluan import negara pengimport dan Kad Pengenalan Haiwan (Pet Passport) adalah kaedah pengesahan identifikasi dan pengesahan status permastautinan anjing kucing tersebut di Malaysia. Di bawah Seksyen 16 Akta Binatang 1953 (Akta 647), pihak berkuasa veterinar mempunyai kuasa untuk membuat pemeriksaan ke atas mana-mana haiwan atau burung atau produk haiwan atau burung sebelum pengeksportan dibenarkan.

Syarat pengeksportan ini akan berkuat kuasa 1 Oktober 2023 bagi pengeksportan semua anjing dan kucing ke New Zealand.

Syarat pengeksportan ini akan berkuat kuasa 1 Januari 2024 bagi pengeksportan anjing dan kucing ke SEMUA NEGARA.

Bagi melancarkan proses pengeksportan, pemilik dikehendaki mendapatkan Kad Pengenalan Haiwan (Pet Passport) lebih awal sebelum pengeksportan bagi pengesahan pemastautinan anjing kucing di Malaysia berdasarkan syarat negara pengimport. Untuk makluman, pemilik haiwan kesayangan boleh memohon Pet Pasport di semua Pejabat Veterinar Negeri dan klinik swasta yang berdaftar sebagai Pendaftar Kad Pengenalan Haiwan.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia


Pautan berkaitan:
Senarai Pejabat Veterinar Negeri : https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/773

Senarai klinik swasta yang berdaftar sebagai Pendaftar Kad Pengenalan Haiwan:
https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_1/2023/BKPBV/EPIS/Senarai_Lengkap_Registrar_Pet_Passport.pdf

 

DIlampirkan pautan NOTIS KEPERLUAN KAD PENGENALAN HAIWAN PET PASSPORT UNTUK PENGEKSPORTAN ANJING KUCING untuk rujukan

Comments
Trackback URL:

No comments yet. Be the first.