« Back

NOTIS PEMAKLUMAN MENGENAI SYARAT PENGIMPORTAN PRODUK BULU DAN KULIT BERASASKAN HAIWAN DARI LUAR NEGARA KE SEMENANJUNG MALAYSIA DAN W. P. LABUAN

NOTIS PEMAKLUMAN

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN,

NOTIS PEMAKLUMAN MENGENAI SYARAT PENGIMPORTAN PRODUK BULU DAN KULIT
BERASASKAN HAIWAN DARI LUAR NEGARA KE SEMENANJUNG MALAYSIA DAN W. P.
LABUAN


Bagi mengenalpasti sama ada produk tuan terlibat dalam arahan ini, mohon rujuk Lampiran

1. Objektif arahan ini adalah untuk memastikan produk bulu dan kulit berasaskan haiwan
yang diimport adalah bebas dari risiko penyakit berjangkit bawaan haiwan.

Notis ini adalah untuk memaklumkan bahawa pengimport-pengimport yang terlibat dalam
aktiviti pengimportan produk bulu dan kulit berasaskan haiwan dari luar negara dikehendaki
untuk mematuhi syarat-syarat pengimportan seperti di bawah:

1) Pendaftaran loji pemprosesan bulu dan kulit berasaskan haiwan dari luar negara
Borang pendaftaran loji pemprosesan bulu dan kulit boleh diperolehi di sini :
https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1874 dan borang perlu dihantar secara
salinan keras (hardcopy) ke alamat:


Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia
Wisma Tani,
Tingkat 5, Blok 4G1, Podium 1A,
Presint 4, 62630 Putrajaya
Fax number: 03-88886472
 

2) Setiap pengimportan perlu disertai dengan sijil kesihatan veterinar yang mematuhi
keperluan jabatan seperti di Lampiran 2.


Untuk makluman, arahan ini akan berkuatkuasa bermula 30 April 2022.

Sekian, untuk makluman.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

 

Untuk maklumat lanjut untuk lampiran 1 dan lampiran 2, sila klik pada pautan NOTIS PEMAKLUMAN PENDAFTARAN LOJI PEMPROSESAN PRODUK KULIT DAN BULU HAIWAN 20012022

Comments
No comments yet. Be the first.