Untuk makluman, bermula pada tarikh 24 September 2021 (Jumaat) semua pendaftaran baru dan kemaskini maklumat bagi pengimport, pengeksport dan ejen dibawah MAQIS akan berkuatkuasa menggunakan Sistem Pendaftaran Pengimport, Pengeksport dan Ejen Dagangan (SPEED) berdasarkan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Pendaftaran Pengimport, Pengkport dan Ejen) 2013.
Pendaftaran baru dan kemaskini maklumat pengimport, pengeksport dan ejen dibawah MAQIS bole dibuat secara atas talian melalui pautan https://imaqis.maqis.gov.my/SPEED/#!/login
Sehubungan dengan itu, capaian sistem iMAQIS dijangka akan mengalami gangguan atau downtime bermula dari jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam pada 21 September 2021 (Selasa).
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi dengan Bahagian Import, Eksport dan Data di talian 03-8870 8017/8066 atau di feedback@maqis.gov.my
Dilampirkan pautan maklumat lanjut surat Pemakluman Pengaktifan Fungsi secara Full Scale bagi sistem SPEED