Merujuk perkara di atas, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak ingin menjemput syarikat tuan/puan ke sesiTaklimat Penambahbaikan Sistem ePermit seperti butiran berikut:
Tempat : Bilik Danum, Tingkat 5, Hotel Imperial
Tarikh : 28 November 2019 (Khamis)
Masa : 1400 pm
Tujuan taklimat ini adalah untuk memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan yang telah dilakukan dalam sistem ePermit bagi memastikan kelancaran dan pematuhan regulatori dapat diambil. Dimohon peserta/wakil yang dihantar ke taklimat berkenaan adalah pegawai/staf/wakil agen yang berurusan dengan sistem ePermit. Sila kembalikan borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran A sebelum atau pada 22 November 2019.
Dilampirkan Surat Senarai Edaran daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk maklumat lanjut