« Back

SJT: MIGRASI SISTEM PERMIT SEDIA ADA KE PLATFORM BAHARU DAN PELAKSANAAN MODUL COE DALAM SISTEM ePERMIT

MAKLUMAN RASMI

MIGRASI SISTEM PERMIT SEDIA ADA KE PLATFORM BAHARU DAN PELAKSANAAN MODUL COE DALAM SISTEM ePERMIT SELARAS DENGAN KEPERLUAN DI BAWAH AKTA KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2024

Pelaksanaan sistem ePermit Baharu

Untuk makluman bermula 28 September 2026, sistem ePermit sedia ada (https://epermit.dagangnet.com.my) akan dipindahkan ke pautan baharu iaitu https://newepermit.dagangnet.com.my. Permohonan bagi Perakuan Kelulusan (COA) dan Perakuan Kecekapan Tenaga (COE) boleh dibuat melalui platform baharu ini bermula 28 September 2026.

Selaras dengan pelaksanaan sistem ePermit baharu, rekod dalam sistem permit sedia ada akan dipindahkan (migrasi) ke platform ePermit yang baharu. Status migrasi bagi setiap kategori permit dan permohonan adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:

Bil.

Status Permohonan

Status Migrasi

1.

Perakuan yang telah tamat tempoh

 Tidak dimigrasikan

2.

Permohonan pembaharuan yang dalam status draf

 Dimigrasikan

3.

Permohonan pembaharuan dan permohonan baharu yang sedang dalam proses kelulusan pegawai (In-Progress Renewal & New Application)

 Dimigrasikan

4.

Permohonan pembaharuan dalam tempoh yang dibenarkan (15 hingga 60 hari sebelum tarikh tamat tempoh)

 Dimigrasikan

5. 

Permit hampir tamat tempoh (0 hingga 14 hari sebelum tarikh tamat tempoh)

 Tidak dimigrasikan

6.

Rekod berstatus draf yang kekal dalam sistem permit sedia ada

 Tidak dimigrasikan. Rekod berkenaan akan dihapuskan daripada sistem permit sedia ada

 Jadual 1 - Butiran Data yang akan dipindahkan

Pelaksanaan Modul Permohonan Perakuan Kecekapan Tenaga (COE)

Selaras dengan perkara di atas, modul permohonan Perakuan Kecekapan Tenaga (COE) juga akan dilaksanakan bermula pada 26 September 2026 menggantikan permohonan secara manual. Di bawah proses manual sedia ada, pemohon akan menerima pautan pembayaran bagi COE setelah permohonan Perakuan Kelulusan (COA) diluluskan. Setelah bayaran dibuat, COE dan templat label penarafan kecekapan tenaga akan dikeluarkan di luar sistem ePermit. Dengan pelaksanaan modul COE, pautan pembayaran tidak lagi akan dikeluarkan melalui proses manual mulai 26 September 2026.

Bagi pemohon yang telah menerima pautan pembayaran sebelum 26 September 2026 hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

  • Bayaran hendaklah dibuat sebelum 26 September 2026; atau
  • Sekiranya bayaran belum dibuat pada tarikh tersebut, permohonan COE baharu hendaklah dikemukakan melalui sistem ePermit baharu

Pemohon adalah dinasihatkan untuk merancang permohonan dengan sewajarnya bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar.

Pihak tuan/puan hendaklah menggunakan pautan platform ePermit yang baharu bagi semua urusan permohonan setelah sistem beroperasi semula. Rekod yang telah dimigrasikan boleh disemak dan dicetak melalui platform baharu tersebut. Jadual di bawah menunjukkan pelaksanaan bagi sistem ePermit baharu:

Bil Aktiviti Butiran Catatan
1 Sesi Penerangan (Dalam Talian)

Tarikh : 17 September 2026
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Pautan Sesi : https://tinyurl.com/3urszkje

Untuk memberikan gambaran keseluruhan proses permohonan COE secara menyeluruh, termasuk aliran kerja sistem dan proses-proses utama.
2 Tarikh akhir penghantaran emel pembayaran bagi permohonan COE 25 September 2026 Pembayaran perlu dibuat sebelum 26 September 2026. Bagi yang gagal membuat pembayaran, perlu membuat permohonan baharu COE dalam sistem ePermit baharu.
3 Sistem ePermit sedia ada (bertukar status untuk paparan sahaja) 26 September 2026 Rekod hanya boleh disemak dan dicetak; permohonan baharu tidak dibenarkan
4 Sistem epermit baharu beroperasi 28 September 2026 Pemohon boleh membuat permohonan bermula 28 September 2026.

 

Semua pihak berkepentingan adalah disarankan untuk melengkapkan dan mengemukakan permohonan yang masih belum selesai sebelum tarikh akhir yang ditetapkan bagi meminimumkan sebarang gangguan operasi. Untuk sebarang sokongan teknikal berkaitan permohonan boleh hubungi DagangNet melalui e-mel careline@dagangnet.com, telefon 1-300-133-133 atau WhatsApp +60 10-447 5838, dengan perkhidmatan sokongan disediakan 24 jam sehari, 7 hari seminggu (24/7).


Suruhanjaya Tenaga
11 September 2026

 

Dilampirkan makluman rasmi daripada Suruhanjaya Tenaga untuk rujukan:

SJTMakluman Rasmi G0-Live.pdf

 

Comments
No comments yet. Be the first.