Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengimport/Pengeksport Gas Refrigerant Yang Berdaftar Dengan JAS akan dihentikan seketika sehingga dimaklumkan kelak
Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengimport/Pengeksport Gas Refrigerant (HFC) Yang Berdaftar Dengan JAS akan dihentikan seketika sehingga dimaklumkan kelak.
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penetapan Kuota Import dan Approval Permit (AP) Import / Eksport Bagi Bahan HCFC, Halon dan HFC Bil. 2.2022 yang bersidang pada 14 Disember 2022 bersetuju untuk menghentikan permohonan Kelulusan sebagai pengimport / pengeksport gas refrigerant (HFC) yang berdaftar dengan JAS bagi membolehkan pihak urusetia iaitu Seksyen Perlindungan Ozon, Bahagian Udara mengemaskini data dan merangka strategi pengurangan HFC bagi tahun 2024.