DVS SARAWAK : NOTIS PEMATUHAN PERMOHONAN PERMIT IMPORT HAIWAN, IKAN DAN PRODUK HAIWAN DAN IKAN

KENYATAAN AWAM

NOTIS PEMATUHAN PERMOHONAN PERMIT IMPORT HAIWAN, IKAN DAN PRODUK HAIWAN DAN IKAN

Wajib Mengikut Pintu Masuk / Pelabuhan Ketibaan Konsainan (Point of Entry/Landing)

Semua permohonan permit import/kemasukan bagi haiwan, ikan dan produk haiwan dan ikan MESTI dikemukakan terus kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian di mana konsainan anda dijadualkan mendarat/tiba berkuat kuasa 1 Oktober 2026.

 

PERBANDINGAN: APA PERUBAHANNYA?

Amalan Dahulu
(Sebelum 1 Okt 2026)

Ketetapan Baharu
(Mulai 1 Okt 2026)

Permohonan dibuat di mana-mana Pejabat Bahagian tanpa mengira pintu pendaratan.


(Contoh: Permohonan dihantar kepda Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Kuching, tetapi barang tiba di Pelabuhan Miri)

Permohonan WAJIB dihantar ke Pejabat Bahagian PINTU MASUK SEBENAR.


(Contoh: Jika kargo mendarat di Pelabuhan/Lapangan Terbang Miri, permohonan mesti dihantar kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Miri)

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Dilampirkan Kenyataan Awam - Notis Pematuhan Pemohonan Permit Import.pdf daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk makluman.