Syarat-syarat

 

Terima kasih kerana menggunakan myTRADELINK, portal rasmi Kerajaan Malaysia untuk lesen-lesen perniagaan.  Kami berharap myTRADELINK dapat membantu supaya urusan perniagaan anda dengan Kerajaan Malaysia akan menjadi lebih mudah dan efisien.

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal myTRADELINK serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.
Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini:-

  • Dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pemohon, dan kami, Kerajaan Malaysia, bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.
  • Sekiranya anda memohon lesen melalui portal ini, anda bersetuju memberi kebenaran yang berterusan kepada Kerajaan Malaysia untuk menjalankan aktiviti pengesahan status anda dan syarikat anda daripada sumber-sumber agensi-agensi rujukan, pihak-pihak berkuasa dan mana-mana pihak yang berkenaan dan anda bersetuju membenarkan Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan, menyemak, menerbitkan dan berkongsi  maklumat-maklumat yang diperolehi pada bila-bila masa di atas budibicara Kerajaan Malaysia sepenuhnya tanpa merujuk kepada anda.
  • Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab pada setiap masa kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang  perkara susulan daripada kebenaran yang anda telah berikan.
  • Permohonan lesen yang anda kemukakan tidak dijamin akan mendapat kelulusan. Semua kelulusan perlu melalui proses penilaian oleh agensi dan jabatan Kerajaan yang berkenaan.
  • Segala butiran yang anda kemukakan dalam borang permohonan dan lampiran adalah tepat dan benar.  Kerajaan Malaysia berhak untuk membatalkan lesen yang telah diluluskan dengan serta merta  dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya anda didapati memberikan maklumat palsu dan mengelirukan atau anda didapati menyembunyikan maklumat penting yang berkaitan dengan kelulusan lesen tersebut.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

 

Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau gati rugi teladan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, nama baik atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan portal dan perkhidmatan permohonan lesen;
(2) kos pemerolehan barangan dan perkhidmatan hasil dari penggunaan portal ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam transmisi atau data anda;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga keatas portal ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkhidmatan portal dan perkhidmatan permohonan lesen.

 

Pautan

Kerajaan Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Kerajaan Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

 

Penamatan
Kerajaan Malaysia boleh dengan serta merta menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kerajaan Malaysia boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

 

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan tanpa notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Kerajaan Malaysia mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

 

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

 

Umum
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.
Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

 

Undang-undang berkuatkuasa

Semua terma yang digunapakai hendaklah tertakluk dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.  Akses anda terhadap laman ini membuatkan anda tertakluk kepada bidang kuasa ekslusif Mahkamah Malaysia.  Anda juga bersetuju untuk tidak membantah keaslian and ketepatan setiap maklumat, kenyataan, pengakuterimaan atau rekod yang dihasilkan dari permohonan anda atau dari portal ini, dalam mana-mana prosiding undang-undang.