MITI: MAKLUMAN PENETAPAN SYARAT BAHARU PERMOHONAN AP BESI & KELULI DAN JENTERA BERAT

Makluman,

Bagi melancarkan permohonan dan pemprosesan bagi Lesen Import (AP) Besi & Keluli dan Jentera Berat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menetapkan bahawa berkuatkuasa pada 5 Februari 2018, syarat-syarat berikut terpakai dalam permohonan AP berkaitan:

Bagi Lesen Import (AP) Besi & Keluli:

1.    Semua dokumen yang disertakan hendaklah di ‘scan’ berwarna.
2.    Penggunaan Borang Permohonan Pengimportan Produk Besi dan Keluli Baharu (dapatkan salinan di website MITI).
3.    Surat Pengesahan Kod Tarif dari Kastam wajib disertakan dan dimuatnaik bersama Surat Permohon/Cover Letter syarikat dalam setiap permohonan AP (penguatkuasan bagi Surat Pengesahan kod Tarif dari Kastam adalah bermula pada 15 Mac 2018).

Bagi Lesen Import (AP) Jentera berat:

1.    Pada ruang description of goods / product description, wajib di catat jenis jentera tersebut.
2.    Pada ruang Brand/Model, kedua-dua brand dan model jentera wajib dicatatkan
3.    Bagi jentera terpakai, wajib disertakan:

                  a. Gambar Chassis Plate (gambar nombor chasis, tahun pembuatan & nombor enjin perlu jelas); dan

                  b. Export Certificate atau Manufacturing certificate