« Back

PEMAKLUMAN SENARAI LOJI PEMPROSESAN AYAM/ITIK BULAT,KERATAN,BAHAGIAN,DAGING AYAM/ITIK & PRODUK TAMBAH NILAI AYAM/ITIK MALAYSIA UNTUK PENGEKSPORTAN

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN,

PEMAKLUMAN SENARAI LOJI PEMPROSESAN AYAM/ITIK BULAT, KERATAN, BAHAGIAN, DAGING AYAM/ITIK DAN PRODUK TAMBAH NILAI AYAM/ITIK MALAYSIA UNTUK PENGEKSPORTAN KE HONG KONG

Notis ini adalah berkaitan dengan notis kami bertarikh 2 Mac 2020 yang bertajuk: Update: Pemakluman Syarat Pengimportan Baru Negara Hong Kong Bagi Ayam/Itik Bulat, Keratan, Bahagian, Daging Ayam/Itik Dan Produk Tambah Nilai Ayam/Itik.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak berkuasa Hong Kong, The Centre for Food Safety (CFS), telah menetapkan syarat baru yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 di mana hanya loji pemprosesan yang diluluskan oleh pihak berkuasa veterinar Malaysia dan Hong Kong sahaja yang akan dibenarkan mengeksport ayam/itik bulat, keratan, bahagian, daging ayam/itik dan produk tambah nilai ayam/itik negara yang mentah dan separa masak ke Hong Kong. Untuk makluman, produk ready-to-eat dan masak sepenuhnya (fullycooked) tidak termasuk dalam proses penyenaraian ini.

Senarai loji pemprosesan Malaysia yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa Hong Kong bagi tujuan pengimportan ayam/itik bulat, keratan, bahagian, daging ayam/itik dan produk tambah nilai ayam/itik ke negara Hong Kong adalah seperti di Lampiran 1.

Loji pemprosesan yang memproses produk di dalam skop yang terlibat dan berminat untuk mengeksport ke Hong Kong masih boleh menghantar permohonan seperti digariskan di Lampiran 2 sebelum 15 September 2021 untuk disemak dan dipertimbangkan bagi tujuan penyenaraian oleh pihak berkuasa Hong Kong. Loji pemprosesan tersebut perlu mematuhi syarat pengimportan HK seperti di Lampiran 3.

Sekian, untuk makluman.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Dilampirkan Notis Pemakluman Senarai Loji Pemprosesan Ayam/Itik Bulat, Keratan Bahagian, Daging Ayam/Itik dan Produk Tambah Nilai Ayam/Itik Malaysia Untuk Pengeksportan ke Hong Kong untuk butiran lanjut.