« Back

NOTIS PEMAKLUMAN KEPERLUAN MENGISI TRADER’S REGISTRATION NUMBER DI SIJIL KESIHATAN VETERINAR UNTUK PENGEKSPORTAN PRODUK AYAM/ITIK & TELUR KE HONG KONG

NOTIS PEMAKLUMAN

PEMAKLUMAN KEPERLUAN MENGISI TRADER’S REGISTRATION NUMBER DI SIJIL KESIHATAN VETERINAR UNTUK PENGEKSPORTAN PRODUK AYAM/ITIK DAN TELUR KE HONG KONG

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN,

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah menerima notifikasi daripada pihak berkuasa veterinar Hong Kong, The Centre for Food Safety Hong Kong, berkenaan keperluan memasukkan “Trader’s Registration Number” pengimport di dalam sijil kesihatan veterinar Hong Kong. Syarat ini akan berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2021.

Ini adalah selaras dengan the Food Safety Ordinance (Chapter 612, Laws of Hong Kong) yang memerlukan kesemua pengimport produk makanan di Hong Kong untuk berdaftar dengan Centre for Food Safety (CFS) sebagai pengimport. Setiap pengimport Hong Kong yang berdaftar akan mempunyai Nombor Pendaftaran ‘Trader Registration Number’ yang unik.

Exporter boleh mendapatkan “Trader Registration Number” pengimport Hong Kong dengan bertanya terus kepada pihak pengimport di Hong Kong ataupun menggunakan fungsi pertanyaan di website CFS https://www.fics.gov.hk/ie/tr/traderrecord/tray/disclaimer.htm?locale=en

Mohon rujuk Lampiran 1, notis ini untuk prosedur mengisi maklumat “Trader Registration Number” semasa permohonan export permit dan sijil kesihatan veterinar di dalam sistem ePermit bagi permohonan produk ayam/itik dan telur ke Hong Kong. Sebarang persoalan boleh diutarakan kepada skie@dvs.gov.my.


Sekian, untuk makluman.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Dilampirkan butiran lanjut Notis Pemakluman Keperluan Mengisi Trader's Registration Number di Sijil Kesihatan Veterinar untuk Pengeksportan Produk Ayam/Itik dan Telur ke Hong Kong