Pautan Segera





Apakah  Permit Elektronik?

 

PUSAT PEMPROSESAN PERMIT SEHENTI BAGI SETIAP JENIS PENGGUNA

 

Permit Elektronik (ePermit) merupakan  satu perkhidmatan berasaskan web yang membolehkan pengimport, pengeksport dan agen penghantar yang dilantik untuk memohon permit dari Agensi Pengeluar Permit (PIA) dan mendapatkan kelulusan secara dalam talian. Permit yang diluluskan akan dihantar secara elektronik ke Sistem Maklumat Kastam (SMK) untuk pengesahan dan rujuk silang dengan deklarasi Kastam. Ia memenuhi keperluan tiga jenis pengguna berlainan:

 

Pengimport dan Pengeksport

Pengimport dan pengeksport boleh memohon permit secara dalam talian dan menghantar permohonan mereka untuk kelulusan melalui internet.

 

Agen Penghantar

Agen penghantar yang dilantik boleh memohon permit secara dalam talian bagi pihak pengimport/pengeksport dan menghantar permohonan mereka untuk kelulusan melalui internet.

 

Agensi Pengeluar Permit (PIA)

 

Agensi Pengeluar Permit (PIA) seperti Kementerian Pertanian, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Penapisan Filem boleh mengesahkan dan meluluskan permohonan permit sebelum menghantar permit yang telah diluluskan ke Sistem Maklumat Kastam (SMK). PIA juga boleh mencapai laporan harian statistik permit yang diluluskan atau  ditolak.

 

Manfaat Elektronik Permit kepada Pengguna

 

  • Menjimatkan masa - Proses permohonan permit dapat dipercepatkan dan dapat menjimatkan masa.
  •  

  • Pelbagai kerja - Laluan kepada pelbagai perkhidmatan nilai tambah seperti Kod Tarif, Kod Lokasi dan Kadar Duti