Pautan Segera





Apakah Pembayaran Duti Kastam Elektronik?


Pembayaran Duti Kastam Elektronik adalah satu perkhidmatan pembayaran duti secara dalam talian yang membolehkan penyediaan dan pembayaran duti Kastam oleh sesiapa sahaja yang terlibat di dalam urusan import dan eksport. Sistem ini juga menawarkan lebih perlindungan dan kemudahan berbanding cara pembayaran konvensional di pejabat Kastam.

 

Terdapat 3 cara pembayaran iaitu:

 

  • Pemindahan Wang secara Elektronik (EFT)  adalah perkhidmatan pembayaran Duti Kastam secara elektronik melalui myTRADELINK. Perkhidmatan ini disokong oleh 8 bank-bank tempatan di Malaysia seperti Malayan Banking Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, AmBank Berhad, CIMB Bank Berhad, EON Bank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

  • DutyNet adalah satu sistem pembayaran secara elektronik yang disediakan oleh CIMB Bank Berhad. Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
  • Financial Process Exchange (FPX) adalah  gerbang pembayaran Internet kebangsaan yang membolehkan pembayar menggunakan satu platform yang sama bagi pembayaran secara talian (online) bagi bank-bank yang berbeza.  FPX merupakan satu kaedah pembayaran (online) terkini di Malaysia yang diuruskan oleh FPX Payment Gateway Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Malaysian Electronic Payment System (1997) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Sistem ini disokong sepenuhnya oleh  Bank Negara Malaysia dan institusi-institusi  kewangan.

 

Manfaat Pembayaran Duti Kastam Elektronik kepada Pengguna

  • Selesa, senang, pantas dan cekap – pembayaran duti tidak perlu dilakukan di pejabat Kastam
  • Pembayaran terjamin – urusan pembayaran tidak memerlukan cek, draf bank atau tunai.