Mengenai myTRADELINK
Selamat datang ke myTRADELINK, pusat sehenti bagi pertukaran dokumentasi dagangan!
myTRADELINK menyediakan portal tunggal bagi pertukaran dokumen dagangan secara elektronik yang terjamin, selamat dan efisien, di antara pengimport dan pengeksport. Satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia dan diterajui oleh Kementerian Kewangan (MOF), myTRADELINK mempermudah dan mempercepat kelancaran aliran maklumat bagi barangan import, eksport atau transit.
myTRADELINK dibangunkan untuk menyokong Tetingkap Tunggal ASEAN (ASW) dan inisiatif-inisiatif dagangan antarabangsa yang lain. Ia merupakan satu portal sehenti bagi menghantar dan menyelaras data dan informasi bagi pelepasan Kastam dan berhubung secara lancar dengan pangkalan data dan sistem yang lain bagi memenuhi semua keperluan peraturan berkaitan import, eksport dan transit.
Dengan myTRADELINK, komuniti dagangan dan logistik kini mempunyai proses yang lebih mudah dan standard untuk penghantaran deklarasi dan permohonan Kastam kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
myTRADELINK adalah:
penghantaran tunggal data dan maklumat;
pemprosesan tunggal serta penyelarasan data dan maklumat serentak; dan
membuat keputusan tunggal bagi pelepasan Kastam.
Objektif
Meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran global;
Meningkatkan pelaburan domestik dan menarik lebih banyak pelaburan asing;
Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pelepasan kargo;
Mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih telus;
Menggunapakai pendekatan baru dalam urusan perniagaan;
Meningkatkan hubungan dan sambungan perniagaan antarabangsa;
Sebagai sokongan terhadap operasi Tetingkap Tunggal ASEAN (ASW) dan inisiatif perdagangan antarabangsa yang lain.
Faedah
Selamat, mudah dan aliran perdagangan yang cekap dengan hanya menerusi satu laluan tunggal;
Membenarkan satu tandatangan untuk capaian kepada pelbagai aplikasi;
Membolehkan data yang sama digunakan oleh pelbagai aplikasi;
Menyediakan kemudahan untuk mengesan status pergerakan barangan;
Memastikan kesesuaian dan boleh dikendalikan antara sistem yang disambungkan kepada myTRADELINK.
Mengurangkan kesilapan dengan meminimumkan kemasukan data;
Mempercepatkan pemprosesan dokumen perdagangan;
Meningkatkan tahap ketelusan dan boleh jangka;
Keberkesanan dan kecekapan penggunaan sumber; dan
Meningkatkan daya saing global.
Perkhidmatan myTRADELINK:-
myTRADELINK menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
Carta Aliran myTRADELINK