« Back

Pengumuman ePermit bagi Modul Import dan Eksport Besi dan Keluli

Pengumuman 1

Bahasa

Dimaklumkan berkuatkuasa 01 November 2019 keperluan lesen import (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi pengimportan barangan besi dan keluli di bawah kod tariff 7225.30.1000, 7225.40.1000, 7225.50.1000, 7225.50.9000, 7227.10.0000, 7227.20.0000 dan 7227.90.0000 adalah dimansuhkan dan digantikan dengan keperluan Certificate of Approval (COA). Bagi maklumat lanjut sila rujuk P.U. (A) 228: Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 3) 2019.

English

Please be informed that effective 01 November 2019 Import License (AP) requirements from the Ministry of International Trade and Industry for the importation of iron and steel products under the H.S. code 7225.30.1000, 7225.40.1000, 7225.50.1000, 7225.50.9000, 7227.10.0000, 7227.20.0000 and 7227.90.0000 is repealed and replaced with Certificate of Approval (COA) requirements.  For further information please refer to the P.U. (A) 228: Customs (Prohibition of Imports) (Amendment) (No. 3) Order 2019.


Pengumuman 2

Bahasa

Adalah dimaklumkan bermula dari 1 November 2019, Garis Panduan Tindakan bagi Kes Ketidakpatuhan dalam Permohonan Lesen Import/Eksport Besi dan Keluli akan dikuatkuasakan.

Kementerian ini memandang serius terhadap sebarang aktiviti penyelewengan permohonan permit import/eksport dan penguatkuasaan garis panduan ini adalah salah satu langkah untuk memastikan tiada unsur ketidakpatuhan atau penyelewengan permohonan berlaku. Untuk sebarang maklumat lanjut sila emel ke ap@miti.gov.my.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

SEKSYEN KAWALAN IMPORT DAN EKSPORT
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


English

Please be informed that effective 1 November 2019, the Action Guidelines for Non-Compliance Cases in the Application for Import/Export of Iron and Steel Permit shall be enforced.

The Ministry takes seriously any mismanagement of import/export permit applications and the enforcement of these guidelines is one step towards ensuring that no elements of non-compliance or misappropriation of applications occur. For more information please email to ap@miti.gov.my.

Thank you for your cooperation and support.

IMPORT AND EXPORT CONTROL SECTION
MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY