« Back

NOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PERKHIDMATAN IMPORT EKSPORT BAGI KUTIPAN SIJIL KESIHATAN VETERINAR

Kepada pelanggan yang dihormati:

1)  Susulan dari penambahan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Kaunter Perkhidmatan Import Eksport bagi kutipan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi EBN ke China, di DVS Putrajaya akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Hari pengambil SKV adalah seperti berikut:

i. 31 Mac 2020 (Selasa)

ii. 1 April 2020 (Khamis)

iii. 7 April 2020 (Selasa)

iv. 9 April 2020 (Khamis)

v. 14 April 2020 (Selasa)

2) Sila lakukan pembayaran Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) melalui wang pos dan bank draft. Resit pembayaran perlu dikemukakan semasa pengambilan Sijil Kesihatan Veterinar.

3) Bagi urusan di Kaunter Perkhidmatan Import Eksport, DVS Putrajaya (pengambilan Sijil Kesihatan Veterinar dan penghantaran dokumen) sila dapatkan pas pelawat di kaunter pengawal keselamatan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

4) Sebarang pertanyaan isu berkaitan import dan eksport boleh diemailkan kepada skie@dvs.gov.my dan pro@dvs.gov.my

Sekian harap maklum, terima kasih.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar.

NOTIS PEMBERITAHUAN_PERKHIDMATAN KAUNTER IMPORT EXPORT_27 MAC 2020.PDF