« Back

MAQIS: PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN PENETAPAN PEMILIHAN ITEM KEPADA SEPULUH ITEM BAGI SETIAP PERMIT

Merujuk kepada perkara di atas dan surat rujukan KP/MAQIS/556 JLD.8 (53) bertarikh 23 Oktober 2019 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan penetapan pemilihan item kepada sepuluh (10) item bagi setiap permohonan permit akan ditangguhkan berkuatkuasa pada 2 Disember 2019 hingga 31 Mac 2020. Oleh itu, sepanjang tempoh tersebut, permohonan permit boleh dilakukan seperti biasa tanpa had untuk bilangan pemilihan item di dalam satu (1) permit. Kelulusan bagi permohonan permit akan dijalankan secara auto approve.

3. Penangguhan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada pasukan taskforce dari Bahagian Import/ Eksport dan Data bagi menjalankan kajian pengesahan tiada penyalahgunaan permit, maka arahan sebelum ini adalah terpakai dan akan berkuatkuasa semula.

4. Kerjasama dari pihak tuan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Dilampirkan Surat Rujukan KP/MAQIS/556/ Jld. 8 (105)