« Back

MAQIS: Larangan Pengimportan Lembu dari Pembekal Malcico Farm Venture, Prachuap Khirikhan Province, Thailand

Adalah dimaklumkan bahawa jabatan menggantung sebarang kelulusan permit import untuk pengimportan haiwan ruminan dari pengeksport/pembekal daripada Malcico Farm Venture serta dari stesen kuarantin Thailand berkuat kuasa serta merta berdasarkan kepada laporan persampelan yang dikeluarkan oleh Makmal Veterinar Kawasan Kota Bharu, Kelantan, didapati lembu-lembu yang diimport dari Thailand oleh Taf Venture Sdn Bhd telah dijangkiti penyakit kuku dan mulut (FMD)

Sila rujuk pada Surat Larangan Pengimportan Lembu dari Pembekal Malcico Farm Venture untuk maklumat lanjut