MAQIS: MAKLUMAN PERUBAHAN KATEGORI LKIM BAGI SISTEM NEW EPERMIT

Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan di dalam proses permohonan permit MAQIS/LKIM bagi komoditi hasilan ikan dan produk perikanan di dalam sistem New ePermit (newepermit.dagangnet.com.my). Terdapat 3 jenis kategori sahaja setelah dikemaskini iaitu IKAN BASAH, IKAN SEJUK BEKU & IKAN PROSES.

Sila rujuk pada surat Makluman Perubahan Kategori bagi Hasil Ikan dan Produk Perikanan dalam sistem newePermit untuk maklumat lanjut