INVITATION TO EXPORTERS TO PARTICIPATE IN THE ASW TRADER SURVEY

The ASEAN Single Window (ASW) is a regional initiative that connects and integrates National Single Windows (NSWs) of the 10 ASEAN Member States (AMS). ASW provides a secure IT architecture and legal framework that allows trade, transport, and commercial data to be exchanged electronically among government agencies and/or the trading community.

With the live operation of the ASW since 1 January 2018, ASEAN Secretariat through the ASEAN USAID-IGNITE partnership is now seeking feedback from exporters of all AMS based on experience utilising the ASW for the electronic exchange of Form D (ATIGA e-Form D). The inputs gathered will be used to propose recommendations with the aim of improving the service delivery of the ASW initiative.

The survey will be closed on 14 February 2020 (Friday). Please click the link below before the closing date to go to the survey website or copy and paste the link into your Internet browser to begin the survey.

 https://www.surveymonkey.com/r/TraderSurvey20Jan2020

For more information or enquiries, kindly refer to MITI website (front page bottom: announcement section & FAQ) or contact the ATIGA team at allatiga@miti.gov.my

We thank you in advance for your kind attention and continued cooperation.

 

 ----------------------------

 

ASEAN Single Window (ASW) merupakan inisiatif serantau yang menghubungkan dan mengintegrasi National Single Windows (NSWs) daripada 10 negara anggota ASEAN. ASW menyediakan rangka kerja teknologi maklumat yang selamat serta perundangan yang membolehkan pertukaran data-data perdagangan, pengangkutan dan komersial dilakukan secara elektronik di antara agensi-agensi kerajaan dan/atau komuniti perdagangan negara anggota ASEAN.

Dengan pelaksanaan operasi ASW sejak 1 Januari 2018, Sekretariat ASEAN melalui kerjasama dengan ASEAN USAID-IGNITE ingin mendapatkan maklum balas daripada pengeksport yang berpengalaman menggunakan elektronik Form D (ATIGA e-Form D) di bawah platform ASW. Input yang bakal dikumpulkan ini akan digunakan untuk menambah baik dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan inisiatif ASW.

 

Tarikh tutup soal selidik adalah pada 14 Februari 2020 (Jumaat). Sila klik pautan laman di bawah atau salin pautan tersebut ke Internet browser untuk memulakan soal selidik.

 

https://www.surveymonkey.com/r/TraderSurvey20Jan2020

 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila layari laman web MITI (muka hadapan: ruangan pengumuman & FAQ) atau hubungi Unit ATIGA di alamat emel: allatiga@miti.gov.my.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan yang diberikan.

 

Pengarah Kanan

 

Bahagian Sokongan Perdagangan dan Industri

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

24 Januari 2020

Original Announcement