« Back

DVS: Prosedur Permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.          Untuk makluman tuan/puan, bermula daripada 1 Mac 2020, kaunter Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunapakai prosedur terkini permohonan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi haiwan hidup dan produk haiwan.

3.          Bersama-sama ini dilampirkan juga prosedur tersebut dan waktu perkhidmatan kaunter yang terkini. Diharap tuan/puan dapat mematuhi tatacara prosedur ini bagi memastikan penyediaan dan pengeluaran SKV dapat dilakukan dengan lancar dan baik. Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

(DR. NORSUHANNA BINTI MOHD MOKHTAR)
Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia

 

Lampiran: Surat rasmi dan prosedur daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur