« Back

DVS: Notis Pemberitahuan Perkhidmatan Kaunter Import Export

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA

Kepada pelanggan yang dihormati:

1) Bagi tujuan mengelakkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19 Jabatan mengambil langkah dengan mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka, oleh yang demikian sebarang pertanyaan isu berkaitan import eksport boleh di emailkan kepada skie@dvs.gov.my dan pro@dvs.gov.my

2) Bagi urusan di Kaunter Perkhidmatan Import Eksport, DVS Putrajaya (pengambilan Sijil Kesihatan Veterinar sarang burung walit ke China dan penghantaran dokumen) sila dapatkan pas pelawat di kaunter pengawal keselamatan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

3) Sila lakukan pembayaran Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) melalui wang pos dan bank draft. Resit pembayaran perlu dikemukakan semasa pengambilan Sijil Kesihatan Veterinar di Kaunter Import Eksport DVS Putrajaya.

4) Pengambilan SKV hanya dibuka pada tarikh tertentu dan masa pengambilan adalah bermula 9 pagi hingga 12 tengahari. Hari pengambilan SKV seperti berikut:

i. 18 Mac 2020 (Rabu)
ii. 20 Mac 2020 (Jumaat)
iii. 24 Mac 2020 (Selasa)
iv. 26 Mac 2020 (Khamis)
v. 31 Mac 2020 (Selasa)

5) Waktu operasi ini hanya tergunapakai untuk DVS Putrajaya sahaja. Waktu operasi kaunter import eksport di negeri adalah tertakluk kepada kuasa Pengarah DVS negeri. Oleh itu, bagi mendapatkan waktu perkhidmatan kaunter import eksport di negeri sila hubungi DVS di negeri.

Sekian harap maklum, terima kasih.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar.

Dilampirkan Notis Pemberitahuan Perkhidmatan Kaunter Import Export oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk rujukan