« Back

DVS: NOTIS MAKLUMAN PENYELARASAN NAMA PRODUK DENGAN SENARAI PRODUK DI DALAM SIJIL VHM BAGI PENGEKSPORTAN PRODUK HAIWAN DAN HASILAN HAIWAN KE SARAWAK

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

PENYELARASAN NAMA PRODUK DENGAN SENARAI PRODUK DI DALAM SIJIL VETERINARY HEALTH MARK (VHM) BAGI PENGEKSPORTAN PRODUK HAIWAN DAN HASILAN HAIWAN KE SARAWAK

1) Adalah dimaklumkan, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak telah menetapkan bahawa pengeskportan produk haiwan dan hasilan haiwan dari Semenanjung Malaysia perlu dari kilang pemprosesan yang mempunyai pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) dan nama produk yang dieskport perlu berdaftar di
dalam sijil VHM.

2) DVS Sarawak tidak akan membenarkan pengimportan produk haiwan atau hasilan haiwan sekiranya nama produk yang dieksport tidak tersenarai di dalam sijil
VHM.

3) DVS Sarawak telah memberi kelonggaran sehingga 2 Mei 2020 bagi loji membuat pengemaskinian senarai nama produk di dalam sijil VHM.

4) Justeru, pengeskport/kilang pemprosesan di pohon untuk mengemaskini senarai nama produk yang dieksport ke Sarawak selari di dalam sijil VHM sebelum Mei 2020. Sila hubungi Seksyen Pemeriksaan & Pensijilan Veterinar, Bahagian Regulatori untuk pertanyaan lanjut.

5) Bagi tujuan menyelia pendaftaran produk di dalam sistem Epermit, setiap pemohon perlu menyertakan sijil VHM bagi tujuan verifikasi oleh DVS Putrajaya.

6) Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengeskport/kilang pemprosesan memenuhi syarat pengimportan yang telah ditetapkan oleh DVS Sarawak. DVS Putrajaya tidak bertanggungjawab sekiranya konsainan produk tidak diluluskan di pintu masuk Sarawak.

Sekian, harap maklum,

Terima kasih.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar

 

Dilampirkan Notis Makluman daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk makluman